SUDUT ILMIAH SK TEDONG

Perisisan Mathematics Worksheet Factory

Satu perisian Mathematics Worksheet Factory telah diupload ke dalam blog ini. Perisian amat berguna khususnya kepada guru-guru Matematik kerana ianya mempunyai tools matematik yang lengkap......

KLIK DI SINI UNTUK MEMUAT TURUN PERISIAN TERSEBUT

Koleksi Soalan-Soalan Panas Math dan KT SK Tedong


sOALAN mATEmatik pksr Tahun 4 bagi Kertas 1 dan Kertas 2. Terdapat juga soalan-soalan Kajian Tempatan PKSR Tahun 4......
Sumbangan Encik Fazari Bin Ali, GPK Kokurikulum SK Tedong

Kertas Pendidikan Seni dan Visual Tahun 1 SK Tedong


Kertas Mewarna utk Peperiksaan Pendidikan Seni dan Visual Tahun 1 bagi
Sekolah Kebangssan Tedong

Best Regards: Pn Ani Suhailah Manoh

e-Learning for Kids


e-Learning for kids
merupakan satu laman web pendidikan percuma yang amat bersesuaian untuk murid-murid sekolah rendah dan murid-murid pra sekolah. Pelbagai aktiviti dan permainan secara interaktif. Klik Di Sini

Literacy Center


Laman Literacy Center sesuai digunakan sebagai medium pendidikan untuk murid-murid Tahap 1 dan Pra-Sekolah. Klik di Sini

Soalan-Soalan Peperiksaan Pendidikan Islam


Genius Ramalan



Satu blogspot mengenai soalan-soalan ramalan peperiksaan utama dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Blogspot ini hanya mengandungi "SOALAN RAMALAN" sahaja bukannya betul-betul. Tetapi kalau betul pun, anggaplah itu rezeki anda....... :-)

Slik Klik di sini: GENIUS RAMALAN

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Tahun 2011

Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 sekolah kebangsaan yang akan menduduki UPSR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2011 adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Ketika ini terdapat 53 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.
Aliran

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu aliran sains dan aliran agama. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini terdapat 39 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains

Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Agama

Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Permohonan SBP Tingkatan 1 2011

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di
portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada guru besar sekolah asal pemohon dan
salinan kedua dihantar kepada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih.

Tarikh Tutup


Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2011 akan ditutup pada
15 Oktober 2010.
Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2010.

Maklumat
Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.

Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.


Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402. Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

Soalan Lazim Berkaitan Permohonan ke SBP

Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai permohonan ke SBP yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia :

Apakah kriteria pemilihan murid ke SBP?

Pemilihan murid SBP adalah berasaskan kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu murid mestilah warganegara Malaysia, murid daripada Sekolah Kebangsaan sahaja, memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pemilihan juga berasaskan kepada pendapatan seisi keluarga dan diberikan keutamaan kepada murid luar bandar berbanding murid bandar dengan nisbah 70% : 30%.

Bila keputusan pemilihan murid tingkatan satu ke SBP akan diumumkan?

Keputusan ke SBP akan diumumkan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan dan keputusan akan dimaklumkan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my.

Bagaimana untuk membuat rayuan, sekiranya gagal atau tidak pernah memohon secara online?


Rayuan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.moe.gov.my dalam e-rayuan. Sekiranya murid tidak memohon secara online sebelum ini, mereka juga perlu membuat rayuan secara online.

Bagaimana sekiranya ibubapa/penjaga ingin menyerahkan surat/dokumen mengenai permohonan ke SBP?


Surat/ dokumen boleh diserahkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dan surat/dokumen itu akan dicop terima. Seterusnya surat/dokumen tersebut diserahkan kepada pengarah untuk diminitkan kepada sektor yang berkenaan.

Mengapa anak saya tidak dipanggil untuk proses temuduga di SBP?

Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.


Pemilihan oleh pengetua pula lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Sekiranya anak tuan tidak dipanggil untuk temuduga, murid tersebut masih berpeluang ke SBP berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 80% tanpa temuduga.

rujukan:http://eputra.com/permohonan-kemasukan-sbp-tingkatan-1-2011/

PERPUSTAKAAN ONLINE


Tingkat pembacaan anda dengan melayari Perpustakaan Online di

Bahan Bantu Mengajar

Bahan Bantu Mengajar


* klik pada gambar untuk muat turun


Disumbangkan oleh: Puan Ani Suhailah Bte Manoh
Guru Sekolah Kebangsaan Tedong

Trial UPSR 2005,2006, 2007

Percubaan 2007
  1. PERAK Paper 1 +Paper2 +Ans P1+P2

Percubaan 2006

  1. P.PINANG P1+P2
  2. SELANGOR P1+P2
  3. TERENGGANU P1+P2
  4. KELANTAN P1+P2
  5. PERAK P1+P2

Percubaan 2005

1. JOHOR P1+P2

Bank Soalan Percubaan UPSR 2008-2009

A.) Bahasa Melayu
  1. Percubaan UPSR BM 2009 (Sarawak)
  2. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Johor)
  3. Percubaan UPSR Penulisan 2009 ( Johor
  4. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 ( Perak )
  5. Percubaan UPSR Penulisan 2009 (Negeri Sembilan)
  6. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Negeri Sembilan )
  7. Percubaan UPSR Penulisan 2009 (Pahang)
  8. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Pahang)
  9. Percubaan UPSR Penulisan 2009 (Melaka)
  10. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Melaka)
  11. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Terangganu)
  12. Percubaan UPSR Penulisan 2009 (Terengganu)
  13. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Terangganu)
  14. OTI3 2009 Penulisan (Terengganu)
  15. OTI3 2009 Pemahaman ( Terengganu)
  16. OTI2 2009 Penulisan ( Terengganu)
  17. OTI2 2009 Pemahaman ( Terengganu)
  18. Koleksi Soalan Bahasa Melayu 2008
  19. Percubaan UPSR 2008 K1 ( Terengganu )
  20. Percubaan UPSR 2008 K2 ( Terengganu )

B.) Bahasa Inggeris

  1. Percubaan UPSR BI 2009 ( Sarawak )
  2. Percubaan UPSR BI 2009 P1 ( Johor )
  3. Percubaan UPSR BI 2009 P2 ( Johor )
  4. Percubaan UPSR BI 2009 P1 (Perak )
  5. Percubaan UPSR BI 2009 P2 (Perak )
  6. Percubaan UPSR BI 2009 P1 (Negeri Sembilan)
  7. Percubaan UPSR BI 2009 P2 (Negeri Sembilan)
  8. Percubaan UPSR BI 2009 P1 (Terengganu)
  9. Percubaan UPSR BI 2009 P2 (Terengganu)
  10. Percubaan UPSR BI 2009 P1 ( Sabah )
  11. Percubaan UPSR BI 2009 P2 (Sabah)
  12. Percubaan UPSR BI 2009 P1 (Melaka)
  13. Percubaan UPSR BI 2009 P2 (Melaka)
  14. Percubaan UPSR BI 2009 P1 ( Perak )
  15. Percubaan UPSR BI 2008 P1 ( Terengganu )
  16. Percubaan UPSR BI 2008 P2

C.) Matematik
  1. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Sarawak)
  2. Percubaan UPSR 2009 MT K2 ( Sarawak )
  3. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Perak)
  4. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Perak)
  5. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Negeri Sembilan)
  6. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Negeri Sembilan)
  7. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Johor)
  8. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Johor)
  9. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Pahang)
  10. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Pahang)
  11. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Kuala Lumpur)
  12. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Kuala Lumpur)
  13. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Sabah)
  14. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Sabah)
  15. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Melaka)
  16. Percubaan UPSR 2009 MT K2 ( Melaka )
  17. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Terengganu)
  18. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Terengganu)
  19. OTI 2 MT K1 2009 (Terengganu)
  20. Ujian Pengesanan MT 2009 (Terengganu)
  21. UPSR 2008 MT -dwibahasa
  22. UPSR 2005 MT K2
  23. UPSR 2006 K2
  24. UPSR 2007 K2
  25. Percubaan K1 MGB Selangor 2008
  26. Percubaan K2 MGBSelangor 2008
  27. Percubaan K1 Perak 2008
  28. Percubaan K2 Perak 2008
  29. Percubaan K1 Terengganu 2008
  30. Percubaan K2 Terengganu 2008
  31. Himpunan Soalan Matematik Daerah Kulaijaya 2008 = Thn 1 , Thn 2 , Thn 3 , Thn 4 , Thn 5.

D. ) Sains
  1. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A ( Sarawak )
  2. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (Sarawak )
  3. Percubaan UPSR 2009 Sains ( Johor )
  4. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Perak )
  5. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (Perak )
  6. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Negeri Sembilan)
  7. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (Negeri Sembilan)
  8. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Pahang)
  9. Percubaan USR 2009 Sains Bah A (Kedah)
  10. Percubaan UPSR 2009 Sains (Sabah)
  11. Percubaan UPSR Sains 2009 Bah A (Melaka)
  12. Percubaan UPSR Sains 2009 Bah B (Melaka)
  13. Percubaan UPSR 2009 (Terengganu)
  14. OTI 2 2009 (Terengganu)
  15. Percubaan 2008 ( Terengganu )
  16. Tambah Nilai 2008 ( Terengganu )
  17. Percubaan 2008 ( Pahang )
  18. Percubaan 2008 -Bahagian A
  19. Percubaan 2008- Bahagian B

e-Bank Soalan UPSR


Set pelbagai soalan-soalan TOV dan RAMALAN USPR

Soalan / Latihan Kemahiran Hidup


BANK soalan-soalan KEMAHIRAN HIDUP















*Klik gambar muat turun soalan KH*

Soalan Gerak Gempur (GG) UPSR 2010

SUMBER: Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Perak

Untuk Muat Turun
Soalan Gerak Gempur (GG) UPSR 2010
Sila klik Pada Gambar dibawah

Soalan Latih Tubi Matematik Tahun 6 Fasa 1

Soalan ini merupakan hasil sumbangan guru-guru cemerlang Negeri Pahang
untuk murid-murid Tahun Enam.
Bahan dikumpulkan oleh Tn. Haji Rozali bin Abdullah:







Untuk Muat turun soalan sila klik pada gambar

SUMBER: Portal Web Rasmi Sektor Pengurusan Akademik Pahang

SOALAN TOV TERENGGANU 2010

DOWNLOAD SOALAN TOV TERENGGANU 2010















Untuk Muat Turun, sila klik pada tajuk atau gambar.... sila tunggu sebentar untuk browser loading ke page meadia fire. Setelah page dibuka, klik pada "Click Here to Start Download" dan klik pada "save file" untuk menyimpan data yang anda perlukan.

9 Cara membina Sikap Positif

Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif.

Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.


Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.
Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

Petua 3 : Ubah Penampilan Diri


Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

  1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
  2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
  3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
  4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
  5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
  6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
  7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
  8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
  9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
  10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.
Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula.
Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:


- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah TIDAK!

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:


- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.



kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti.Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!

Petua 7 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 8 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.


Soalan yang positif akan:
- Megubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita

Petua 9 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.


[rujukan:http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/motivasi/10petua.htm]

CARTA PENDARABAN

Belajar mengira (matematik) adalah mudah sekiranya kita mempunyai teknik yang sesuai dan betul. Di sini adalah contoh cara-cara belajar mendarab (x) dengan mudah:

Carta pendaraban dari 1 hingga 12:

No.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
1
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
2
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
22
24
3
3
6
9
12
15
18
21
24
27
30
33
36
4
4
8
12
16
20
24
28
32
36
40
44
48
5
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
55
60
6
6
12
18
24
30
36
42
48
54
60
66
72
7
7
14
21
28
35
42
49
56
63
70
77
84
8
8
16
24
32
40
48
56
64
72
80
88
96
9
9
18
27
36
45
54
63
72
81
90
99
108
10
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
110
120
11
11
22
33
44
55
66
77
88
99
110
121
132
12
12
24
36
48
60
72
84
96
108
120
132
144

Cara-cara membaca jadual pendaraban (rujuk kotak hijau):

Angka dalam kotak merah x Angka dalam kotak biru = Jawapan (dalam kotak hijau)

7 x 6 = 42

Perhatian: Jadual ini boleh dilanjutkan seterusnya.